4th JOTA APR Kg. Baru, Kuala Lumpur

Pasukan Pengakap Kelana Negeri Perlis baru sahaja pulang daripada menyertai 4th JOTA APR di Kuala Lumpur pada 2 hingga 3 Ogos 2008. Terima kasih diucapkan kepada 9M1CSB yang sudi menjemput kami dan tahniah atas kejayaan penganjuran JOTA ini.
Selamat Datang!

Selamat datang ke laman web rasmi Pengakap Kelana Putra Negeri Perlis. Kelana Putra atau dikenali sebgai Putra Rovers bukanlah sebuah pasukan Kelana yang baru dalam dunia berpengakapan walaupun usia penubuhan baru mencecah 3 tahun. Pelbagai aktiviti anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia dan Persekutuan Pengakap Negeri Perlis telah disertai dan beberapa aktiviti anjuran sendiri untuk para ahli.
Laman web ini dibangunkan oleh AJK Komunikasi dan Serantau Raya Kelana Putra bagi menempatkan maklumat dan berita semasa tentang dunia berpengakapan dan aktiviti Kelana Putra dan Negeri Perlis. Dengan adanya laman web ini, diharap dapat memberi kemudahan kepada semua pihak demi memajukan Pengakap di Malaysia.
Kursus Asas Kayak Tahap Satu Peringkat Negeri Perlis 2008
Kementerian Belia dan Sukan Negeri Perlis telah menganjurkan Kursus Asas Kayak Tahap Satu Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung selama empat hari tiga malam bertempat di Sungai Sedim, Kulim, Kedah.
Pada 05 Jun 2008, semua peserta berkumpul di ibu pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis tepat jam 8.30 pagi untuk proses pendaftaran. Pada jam 11 pagi para peserta bertolak ke Sungai Sedim menaiki bas dan tiba di sana kira-kira jam 3.00 petang. Para peserta dibawa masuk ke tapak perkhemahan Rapid Fire Eco Camp menaiki Land Rover. Setibanya di Rapid Fire Eco Camp, para peserta diberi taklimat ringkas dan kemudian persiapan diri. Pada waktu malam, para peserta mengikuti taklimat Teori Asas Kayak Satu.
Keesokkannya, para peserta diberi peluang untuk mencuba aktiviti kayak di sungai yang berarus deras. Para peserta juga diajar tentang cara-cara menyelamat mangsa yang menggunakan “Throw Line”. Pada malam hari, para peserta mendengar taklimat daripada jurulatih untuk ekspidisi kayak pada keesokan harinya sejauh 7km yang mempunyai selekoh dan jeram yang bahaya.
Hari terakhir, para peserta bersiap sedia untuk ekspidisi kayak seperti yang dijanjikan. Ekspidisi selama tiga jam itu meninggalkan seribu satu kenangan kepada para peserta. Jelas terpancar kepuasan di muka masing-masing. Pada petangnya, para peserta berbincang tentang ekspidisi mereka tadi dan kesilapan-kesilapan mereka. Pada malam tersebut, para peserta memanggang ikan dan ayam sebagai tanda kejayaan ekspidisi mereka siang tadi. Selepas makan, mereka diwajibkan untuk menduduki peperiksaan teori kayak yang bertujuan untuk menguji minda para peserta.
